suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geram lambat melintas, penunggang teksi motosikal naik hantu tumbuk lelaki dari belakang hingga rebah!

Tangkap layar video kejadian yang tular. -Foto Facebook

PENUNGGANG motosikal ditahan polis selepas bertindak menumbuk seorang pejalan kaki yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk melintas jalan pada Sabtu.

Rakaman tular memaparkan sebuah keluarga terdiri daripada tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak sedang melintas di lintasan pejalan kaki di Bangkok, Thailand

Dalam rakaman tersebut, penunggang motosikal dilihat meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat merah sebelum berhenti di tengah-tengah lintasan pejalan kaki.

Dia kemudian bertindak menjerit ke arah keluarga berkenaan kerana mendakwa mereka mengambil masa terlalu lama untuk melintas.

Rakaman itu jelas menunjukkan lampu isyarat untuk semua kenderaan berada dalam keadaan merah, sekali gus membolehkan pejalan kaki melintas.

Kae memohon maaf kepada mangsa, namun polis tetap meneruskan tindakan undang-undang ke atasnya. -Foto Facebook/ อยากดังเดี๋ยวจัดให้ รีเทริน์ part 7

Kae memohon maaf kepada mangsa, namun polis tetap meneruskan tindakan undang-undang ke atasnya. -Foto Facebook

Bapa kepada keluarga berkenaan yang kemudian dikenal pasti sebagai Samorn Khamwai, 57, berpaling lalu bertengkar dengan penunggang motosikal itu sebelum beredar, manakala ahli keluarganya menunggu berhampiran.

Bagaimanapun, penunggang motosikal tersebut meninggalkan motosikal sebelum bergegas ke arah Samorn dan menumbuk mangsa dari belakang.

Dia terus menyerang mangsa beberapa kali sehingga Samorn terjatuh ke tanah.

Susulan kejadian, anggota polis dari Balai Polis Chok Chai menahan penunggang motosikal terbabit yang dikenal pasti sebagai Kae, 47.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider biadab cop pelanggan ‘terlalu berkira’, suruh buat sendiri air di dapur lepas tumpahkan minuman dipesan

Kae yang bekerja sebagai penunggang teksi motosikal mengakui perbuatannya selain memohon maaf kepada Samorn. 

Mangsa menerima permohonan maaf tersebut dan memaklumkan bahawa dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang lanjut.

Bagaimanapun, polis tetap meneruskan kes berkenaan kerana kesalahan yang dilakukan tidak boleh diselesaikan hanya menerusi persetujuan peribadi antara kedua-dua pihak.

Polis turut menyita motosikal miliknya untuk dijadikan bahan bukti. -Agensi

Artikel Lain